Friday, 31 July 2009

Pelajaran 1: The Ibrahim Move- Gerakan Ibrahim

Kali ini, kita akan belajar satu gerakan yang di beri nama Gerakan Ibrahim. Gerakan ini hampir sama dengan Gerakan Zidane, Gerakan Cruyff dan Helah Ronaldo. Gerakan Ibrahim adalah pergerakan yang dimainkan oleh seseorang yang berdepan dengan pemain lawan yang pantas. Saya sebagai penulis berjaya menggunakan gerakan ini beberapa kali di padang latihan KTM. Koordinasi mata dan daya lakon badan serta suara memainkan peranan yang penting dalam menjayakan gerakan ini.

Cara pertama ialah dengan menipu lawan dengan menggunakan isyarat tangan atau suara atau mata untuk menghantar bola kearah kanan contohnya.

Apabila lawan bergerak pantas kekanan, atau melakukan slide tackle, dengan pantas hantarkan bola ke arah kiri.

Pastikan anda dan rakan sepasukan sudah lama berlatih kaedah ini, kerana dikhuatiri rakan anda turut tertipu.

Mudah bukan?

No comments:

Post a Comment